LIVE PROGRAM BERSUA MUKA MENCARI KEBENARAN BERSAMA DATO SRI NAJIB RAZAK DI MELAKA 30/11/2018
PENAHANAN AZRI MEMBUKTIKAN PAKATAN HARAPAN SILAP BILA MENGGANTUNG AKTA HASUTAN
Oleh : Lokman Adam
30 November, 2018
Pemantau Malaysia Baru mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kerajaan Pakatan Harapan yang dikuasai DAP menahan Mohamad Azri @ Papa Gomo dibawah Seksyen 506 Kanun Kesiksaan atas tuduhan melakukan ugutan semasa berucap di Perhimpunan Bantah ICERD.
Saya berada ditempat kejadian dan turut berucap pada malam tersebut di Melaka. Adalah tidak boleh diterima akal untuk Azri didakwa dibawah seksyen 506 Kanun Kesiksaan. Kalaupun, ucapan beliau melanggari peraturan, ianya sepatutnya disiasat dibawah Akta Hasutan 1948. Walau bagaimanapun, Kabinet Pakatan Harapan sudahpun memutuskan agar Akta Hasutan digantung selepas penahanan adik saya Azman Noor Adam dibawah Akta Hasutan dua bulan lalu turut dikecam rakan rapat Pakatan Harapan seperti Gerakan Mansuh Akta Hasutan dan SUARAM.
Insiden penahanan Azri jelas membuktikan bahawa kepimpinan Pakatan Harapan dan Jawatankuasa Reformasi Sistem Pentadbiran negara yang ditubuhkan kerajaan hanyalah barisan manusia yang terdesak untuk mengekang kebangkitan rakyat. Sandiwara mahu melakukan perubahan hanyalah omong kosong. Mereka tidak mempunyai minat untuk memartabatkan keluhuran undang-undang "rule of law". Apa yang penting, dendam kesumat mereka dan musuh politik mereka wajib dibenamkan.
Jika itu polisi kerajaan Pakatan Harapn, lebih baik Akta Hasutan tidak digantung dan digunapakai sepenuhnya. Namun, pastikan akta itu digunakan dulu keatas Waytha Moorty yang jelas telah menghasut rakyat supaya membenci Pasukan Polis Diraja Malaysia.
Ingin juga saya tegaskan disini, Pemantau Malaysia Baru juga telah membuat lebih sari 4 laporan polis berhubung penghinaan, fitnah dan kecaman yang dilakukan oleh tiga orang pemimpin Pakatan Harapan, iaitu Datuk Abdul Kadir Jasin, Ketua Media Pejabat Perdana Menteri, Hishammuddin Rais dan Tamrin Ghafar, terhadap DYMM SPB YDP Agong.
Sehingga kini, tiada satupun pendakwaan yang diambil keatas Kadir Jasin dan Hishamuddin Rais dibawah Akta Hasutan sedangkan tindakan menghasut rakyat dan memfitnah DYMM SPB YDP Agong dengan nenggunakan perbelanjaan Ratu England RM 257 juta dalam tempoh 16 bulan sebagai perbelanjaan yang kononnya dibelanjakan oleh DYMM SPB YDP Agong hasil payah jerih dan titik peluh rakyat, oleh Kadir Jasin, jauh lebih berat hasutannya berbanding apa yang diucapkan oleh Azri.
Begitu juga dengan hasutan yang dibuat oleh Hishammuddin Rais. "Posting" Hisham yang mengatakan bahawa DYMM SPB YDP Agong "KUAT BERJUBO" dan membawa masuk ke Istana bertan-tan SYABU, sudah tentu jauh lebih dasyat fitnah dan hasutannya berbanding tindakan Azri. Kenapa sehingga kini tiada sebarang pendakwaan ke atas Hisham Rais dan Kadir Jasin? Malah, Kadir Jasin dinaikkan pangkat daripada menjadi Ketua Media dan Komunikasi Penasihat Kerajaan kepada Ketua Media Perdana Menteri.
Bukankah salah satu tugas Ambiga dan teman-temannya adalah untuk melakukan reformasi sistem pemerintahan Negara? Adakah reformasi yang ingin dibawa membawa maksud tuduhan keatas Pemimpin Pakatan Rakyat seperti Sivarasa Rasiah, Eric Paulsen, Chua Tian Chang, Phang Li Khoon, Lim Guan Eng, Tamrin Ghafar digugurkan kerana mereka Pemimpin Pakatan Harapan? Manakala jika kesalahan itu dilakukan oleh penyokong Barisan Nasional, semuanya pasti melalui proses pendakwaan?
Jika sikap "double standard" ini yang dipanggil "Reform" terhadap sistem perundangan dan kehakiman yang ingin dibawa oleh Pakatan Harapan, sedangkan Peguam Negara dibiarkan menyalahgunakan kuasanya untuk membebaskan PERASUAH tegar seperti Guan Eng dan Miss Phang, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada prinsip "Rule of Law"? Semakin hari, semakin terserlah " Law of The Jungle" yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dalam negara ini.
JASAD KAMI BOLEH DIPENJARA, NAMUN JIWA KAMI TETAP MERDEKA. Lagi ditekan, lagi kuat kami akan lawan. Nantikan kebangkitan rakyat 8hb Disember, 2018 ini.
Lokman Adam
0123320000
Pastikan setiap anak, isteri, jiran, sahabat dan saudara-mara kita mendapat maklumat sahih terus dengan klik join di https://telegram.me/lokmanadam
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Salam 1 Malaysia
PEMANTAU KINI 30/11/2018
"APA LAGI ASET NEGARA AKAN DIJUAL?" SOAL NAJIB
TURUNKAN HARGA MINYAK, TERUSKAN BANTUAN NELAYAN, PETANI DAN PEKEBUN SAWIT PERLUKAN DUA PERTIGA?
'PUNCANYA PERBALAHAN DUA JAWATANKUASA'
'BUKAN HIMPUNAN BANGKIT SENTIMEN KEBENCIAN KAUM'
PAPA GOMO DITAHAN… BILA PULA NAK TAHAN WAYTHA MOORTHY YANG TERIMA LEBIH 150 LAPORAN POLIS?
PAS TEGAS SERTAI HIMPUNAN BANTAH ICERD
MENTERI KERJA RAYA TIDAK JAWAB LISAN, PILIH BERI JAWAPAN BERTULIS
SPR UMUM TARIKH PRK DUN RANTAU SELEPAS RAYUAN SELESAI
HENTIKAN POLEMIK POLITIK, PEKEBUN KECIL TENGAH MENDERITA!!!
JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, JOM SERTAI PEMANTAU MALAYSIA BARU. BANTU KAMI MENGIKUT KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN ANDA
Untuk makluman lanjut :
Telefon No : 0123320000
Facebook : Lokman Noor Bin Adam
Instagram dan Twitter : lokmanadam
Hanya satu saluran arahan akan saya gunakan untuk mengelakkan sabotaj musuh. Sila download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk sertai saluran tersebut kerana semua maklumat dapat saya hantar kepada berpuluh ribu orang serentak berbanding whatapp yang kini hanya menghadkan 20 groups sekali penghantaran :
Perhatian : Untuk makluman anda, kami tidak pernah gagal menghantar maklumat setiap hari, maka jika mesej kami terhenti lebih 24 jam, sila copy link diatas, delete telegram dan install semula. Kemudian click join di channel kami semula.