Adakah anda percaya..?

Adakah anda percaya dengan lawak bodoh Tengku Zafrul yang mengatakan bahawa kerajaan PN telah berbelanja lebih daripada bajet 2021 dengan menggunakan akta Darurat..

RAKYAT DIMINTA BERKURUNG DIRUMAH, TETAPI PENDAKWAAN TERPILIH TERHADAP KEPIMPINAN UMNO YANG ENGGAN TUNDUK DENGAN MUHIYIDDIN TETAP DITERUSKAN

Sedih mengenang nasib Presiden UMNO dan teman-teman UMNO lain.  Tak habis-habis dianiaya dengan pendakwaan terpilih kerajaan PH dan kini diteruskan Kerajaan PN. Sebelum mengambil stok Sate di Shah Alam tadi saya sempat singgah memberikan sokongan kepada beliau.  Nak beraya dirumah tak boleh, terpaksa beraya di Mahkamah untuk menyusun 10 jari memohon keampunan atas segala salah dan silap. Kali pertama saya jumpa beliau secara bersemuka sejak dipecat dari UMNO.  Sempat menyerahkan surat rayuan saya yang ke 8 untuk menjadi MT UMNO semula.  Harap-harap dengan pertemuan ini ada peluang untuk saya kembali berkhidmat untuk parti tercinta ini

Berikut adalah kenyataan Peguam DSAZ

PRESS STATEMENT TO COUNTER OPENING SPEECH
 
1. Pihak peguam akan membuktikan bahawa DSZH TIDAK pernah mengambil atau menerima apa-apa wang rasuah dari Ultra Kirana Sdn Bhd dan menyatakan bahawa Pihak Pendakwaan perlu membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.
 
2. Pihak kami juga menolak sekeras-kerasnya apa juga kenyataan yang di buat di dalam ucapan pembukaan kes oleh pihak Pendakwaan.
 
 
3. DSZH tidak pernah menerima suapan wang dalam bentuk RM atau SGD, atau USD Dollar atau Euro tersebut dan beliau telahpun tidak mengaku salah ke atas pertuduhan-pertuduhan ke atasnya. Ini perlulah di hormati oleh semua pihak selagi DSZH tidak disabitkan bersalah, beliau hendaklah dianggap sebagai orang yang tidak bersalah ke atas pertuduhan-pertuduhan yang diketengahkan.
 
4. DSZH di dalam tempohnya sebagai Menteri Dalam Negeri TIDAK mengambil kesempatan atas jawatannya dan TIDAK mengaut kekayaan di dalam tempoh tersebut. Pihak peguambela juga akan membawa keterangan bahawa pertuduhan-pertuduhan ini adalah tuduhan yang di buat atas dasar politik. Ianya adalah Pertuduhan terpilih dan bertindak sebagai 'character assasination' terhadap DSZH
 
5. Perlantikan UKSB sebagai Kontraktor kepada Kerajaan bagi pembekalan perkhidmatan, TIDAK DI BUAT DI DALAM TEMPOH DSZH berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri
 
6. Pihak Peguambela juga akan membuktikan bahawa melalui Saksi dan Dokumen di dalam peringkat kes Pendakwaan, DSZH TIDAK MENERIMA APA-APA wang rasuah dari pihak UKSB. Peguam yakin bahawa saksi dalam kes ini akan memberikan keterangan yang benar dan pihak peguambela akan dapat membuktikan bahawa Dato Seri tidak terlibat dgn dakwaan oleh pihak pendakwaan konsisten dengan pengakuan tidak bersalahnya.
 
7. DSZH juga tidak pernah menerima apa-apa suapan sebagai Upah atau Dorongan dari UKSB. Pihak Pendakwaan di letakkan atas beban yang maksima bagi membuktikan perkara ini dan Peguam Bela bersedia untuk mencabar dan membawa Keterangan yang juga akan membuktikan sebaliknya. Peguam Bela juga menyatakan bahawa tiada dorongan @ motivation yang memerlukan pihak UKSB untuk memberi rasuah kepada DSZH ketika itu.
 
8. Pihak Peguambela juga bersedia untuk menyoal balas dan mencabar Keterangan 20 orang Saksi Pendakwaan, mengemukakan Keterangan dokumentar di dalam pemeriksaan balasnya dan mencabar sebarang Keterangan ikut keadaan yang akan di kemukakan oleh pihak Pendakwaan.
 
 
 
PIHAK PEGUAMBELA DATUK SERI AHMAD ZAHID HAMIDI.

MUHIYIDDIN TERSILAP LANGKAH LAGI?

MUHIYIDDIN TERSILAP LANGKAH SEKALI LAGI DENGAN MENGADAKAN WAWANCARA KETIKA KEMARAHAN RAKYAT MEMUNCAK

DALAM TEMPOH 5 BULAN TAHUN INI JE PN DAH PINJAM RM115.53 BILLION, TAKKAN TAK BOLEH BANTU RAKYAT UNTUK PKP 3.0

DEWAN ULAMAK PAS MINTA DSN HENTI BANGKIT ISU TIADA FAEDAH

DEWAN ULAMAK PAS MINTA DATO SRI NAJIB BERHENTI BANGKIT ISU YANG DIANGGAP TIADA FAEDAH PADA NEGARA, DENGARKAN KOMEN LOKMAN ADAM