Jawab, Saya Tanya! : Keputusan PRN Melaka - Talkin Buat PN?

Jawab, Saya Tanya! : Keputusan PRN Melaka - Talkin Buat PN?

Tamu : 
Dato Lokman Noor Adam 
Mantan MKT UMNO 

Moderator : 
Rafi Awg Kechik

SEPINTAS LALU KEPUTUSAN PRN MELAKA

SANTAI BERSAMA LOKMAN ADAM : SEPINTAS LALU KEPUTUSAN PRN MELAKA

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur saya sempat singgah dulu rumah Cikgu Ali calon BN Sungai Udang, calon BN yang pertama dijangka menang mudah dalam PRN Melaka, tetapi jadi individu yang terakhir didapati tewas.  Terlalu banyak isu yang boleh dipertikai bila kita buat petisyen mahkamah nanti, terutamanya apa yang berlaku didalam PDM kem tentera dan pengeluaran peti undi tentera dari lokap polis yang langsung tak panggil wakil calon BN. Apapun pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Walaupun Cikgu Ali dah buat yang terbaik, kita perlu redho dengan ketentuan Allah ini. Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik buat beliau.  Bertabahlah sahabatku

Awal pagi tadi sempat meluangkan masa bersama-sama dengan Siswa UMNO, Pelapis masa depan negara.  Luar biasa semangat yang mereka tunjukkan. Melihat wajah adik-adik ini, saya merasa lega dan yakin bahawa UMNO mempunyai masa depan yang cerah kerana ramai cerdik pandai yang terdiri dari golongan muda masih konsisten menjadi jentera UMNO.  Moga Allah selamatkan parti keramat ini

Tahniah BN!

TAHNIAH BARISAN NASIONAL DIATAS KEMENANGAN BESAR DI MELAKA.  KITA HARAP PAS KEMBALI BERSAMA MUAFAKAT NASIONAL DAN PPBM BUBAR PARTI MEREKA DAN KEMBALI BERSAMA UMNO.  TERIMA KASIH RAKYAT MELAKA DAN SEMUA YANG MEMBANTU KAMI

Sekitar Cendana Ballroom, Command Center BN.  Alhamdulillah BN menang, namun saya sedih sahabat saya Dato Sri Ali telah tewas di Sg Udang.  Sampai sekarang saya tak blh brain macamana ada sebahagian besar tentera boleh keliru nak pangkah BN atau Perikatan Nasional, sehingga lebih ramai yang mengundi PN dari BN.  Walaupun kerajaan masih lagi Perikatan Nasional, bukankah Menteri Pertahanan datang dari BN.  Masih banyak kerja yang perlu kita buat untuk memahamkan sebahagian besar anggota tentera kita ini

Bual Bicara PRN Melaka - GEMPUR TERAKHIR

Bual Bicara PRN Melaka - GEMPUR TERAKHIR
Dato Lokman Adam Bersama Dato Amir Hijjaz 
1) Isu Pendedahan SPRM satu kemenangan buat kes DSN
2) Isu DSN Tolak Tawaran Kerajaan, Beranikah Mahathir Pulangkan Hadiah Kerajaan Juga?
3) Isu Pasir dan Tambakan Laut
4) Peluang BN menang 17-19 kerusi
5) Kenyataan Dewan Ulama PAS dan lain2

Selesai sudah kempen PRN Melaka.  Kepada Allah kita berserah keputusan hari esok. Layan rakan-rakan Laskar Siber Malaysia yg bertugas di PRN Melaka

Tak Malu Ke Pakai Kepiah Logo PAS?

Ada orang tanya saya, Tak Malu Ke Pakai Kepiah Logo PAS, Ini jawapan saya

SANTAI BERSAMA DATUK HAMEED BASHEER, CALON BN DUN AYER LIMAU

SANTAI BERSAMA HJ ZULKIFLEE MOHD ZIN, CALON BN DUN TABOH NANING

Betul ke kau tulis ni Rafiq.  Kenapalah tak boleh tunggu lepas PRN nak bergaduh? Satu kerusipun belum tentu PN boleh dapat, macamanalah korang boleh berebut bab kerusi Ketua Menteri? #tolakpn

Jangan Lupa buat Solat Istiqarah malam ni minta petunjuk kepada Allah siapa yang patut anda undi esok pagi.  Lepas tu kita bulatkan tekad dan pangkah lambang dacing BARISAN NASIONAL 
Marilah kita gunakan kuasa undi yang ada pada kita untuk
Angkat Calon BN
YANG TAHU DAN ARIF MASA BAGAIMANA MAHU MENCORAK DEPAN MELAKA NEGERI MELAKA YANG BERSEJARAH

Datuk Seri Rahman Dahlan menjawab tohmahan MB Terengganu berkenaan isu rundingan antara parti

PAS LENDU SOKONG BN,  BEGITU JUGA DI BEBERAPA DUN LAIN

LOKMAN TIDAK MEREKA CERITA..?

LOKMAN ADAM LAFAS SUMPAH DENGAN KALIMAH WALLAHI, WABILLAHI, WATTALAHI BAHAWA BELIAU TIDAK MEREKA CERITA BERHUBUNG DAKWAAN PENGELUARAN PASIR DAN TAMBAKAN LAUT ZAMAN IDRIS HARON DAN ADLY ZAHARI

LOKMAN ADAM JAWAB FITNAH NAJIB MINTA HADIAH RM100 JUTA DALAM BENTUK RUMAH DAN HARTANAH

BERSAMA DATUK KALSOM NOORDIN, CALON BN DUN PENGKALAN BATU

SANTAI BERSAMA DATUK KALSOM NOORDIN, CALON BN DUN PENGKALAN BATU

HARI NI SAYA RASMIKAN CAWANGAN HOT NASI KUKUS YANG KE 13 DI TESCO PERINGGIT, DUN PENGKALAN BATU, PARLIMEN HANG TUAH JAYA. JOM SUPPORT HOT NASI KUKUS, HUBUNGI MIZI 01114787200

ANALISIS TERKINI PRN MELAKA BERSAMA DATO AKMAR HISHAM MOKHLES DAN DATO LOKMAN ADAM

MASIH RELEVENKAH MUAFAKAT NASIONAL

SIAPA PENYAMUN PASIR MELAKA YANG SEBENAR?

SIAPA PENYAMUN PASIR MELAKA YANG SEBENAR?

LAPORAN POLIS DATO LOKMAN ADAM TERHADAP IDRIS HARON DAN ADLY ZAHARI

Sebelum ini, dua bekas Ketua Menteri Melaka yang kini telah bersama Pakatan Harapan (PH) iaitu Adly Zahari dan Idris Haron telah mendakwa kononnya Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, banyak meluluskan konsesi pasir sehingga ada yang mengatakan BN Penyamun Pasir.

Pada hari ini, saya hadir untuk kemukakan bukti siapa penyamun pasir yang sebenarnya. Bersama-sama ini saya lampirkan senarai penerima konsesi pasir ketika zaman Adly dan Idris sebagai Ketua Menteri bagi membantu siasatan pihak polis dan SPRM.

Dengan bukti yang saya berikan ini adalah diharapkan agak kedua-dua manusia hipokrit ini berhentilah berlagak suci, bersih, dan maksum seolah-olah pada zaman mereka tiada konsesi pasir yang telah diluluskan hasil sokongan mereka.

Lebih parah lagi, ketika zaman Idris Haron dan Adly Zahari menjadi Ketua Menteri, mereka berdua ini juga telah memberi kebenaran eksklusif untuk pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal di Negeri Melaka.  Kita minta pihak polis dan pihak SPRM menyiasat, apa imbuhan yang Idris dan Adly perolehi dengan meluluskan pengondolan 
Rizab Hutan Simpan Kekal itu. Ini fakta dan saya ada semua bukti untuk berhadapan dengan Idris yang meluluskan serta kerajaan Adly yang telah menyambung kelulusan pengeluaran pasir dalam kawasan Hutan Simpan Kekal seluas 200 hekta.

Kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal yang terlibat ini Adly namakan sebagai Hutan Pengeluaran bagi menghalalkan tindakannya. Adly telah memberikan kebenaran itu sehingga tahun 2025.  Kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal yang terlibat ini adalah kawasan yang sensitif kerana ia juga adalah kawasan tadahan air didalam daerah Jasin.

Patutlah ketika zaman Adly Zahari menjadi Ketua Menteri, Negeri Melaka sering kali berdepan isu catuan air yang teruk hingga menyusahkan rakyat Melaka. Lebih parah lagi, kebenaran yang telah diberikan Adly Zahari untuk pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal ini pula tanpa perlu mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar atau EIA.  Atas sebab apa beliau begitu berani? Apa yang imbuhan yang beliau perolehi?

Itu kita belum selidik lagi syarikat-syarikat yang telah diberikan kebenaran oleh Adly Zahari dan Idris untuk terlibat dengan kerja-kerja pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal ini. Seperti Jaya Sepakat Klebang Contruction, Sinar Mesra Global, Gelombang Makmur Sdn Bhd, Abra Sinar Sdn Bhd dan Perusahaan Mampro Bersatu Sdn Bhd.

Saya minta pihak polis dan SPRM akan menyiasat semua maklumat yang kami sertakan ini supaya rakyat negeri Melaka sedar siapa Penyamun Pasir yang sebenarnya.


SIAPA PENYAMUN PASIR MELAKA YANG SEBENAR?
Ini bukti 28 syarikat menerima konsesi pasir dari Adly Zahari dan Idris Haron.  Patutlah Tun Khalil dah duduk semeja dengan Pimpinan Amanah, anak diapun rupanya dapat konsesi keluarkan pasir dari Hutan Simpan Kekal di Jasin 

LIVE LAPORAN POLIS DATO LOKMAN ADAM BERHUBUNG VIDEO FITNAH KEATAS CALON BN TANJONG BIDARA

LAPORAN POLIS DATO LOKMAN ADAM BERHUBUNG VIDEO FITNAH MELIBATKAN CALON BN TANJONG BIDARA

Saya ingin membuat laporan polis keatas video yang sebelum ini tular di media sosial oleh pemilik FB Kamaruddin bin Lajid kononnya Ketua Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh telah cuba merogol seorang pekerja Hotel Ames pada  bulan 2hb Oktober 2020.

Wanita Tersebut, Nur Balqis binti Muhammad Shahizan Rajuli, setelah dimaklumkan tentang video yang ditularkan di FB dan whatapp group oleh Cik Farah Nordiana, Guest Experience Manager Hotel Ames, telahpun membuat laporan polis diatas fitnah yang dilemparkan keatas dirinya dan Datuk Sri Rauf Yusoh.  

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamad telah pun membuat sidang media menyatakan bahawa kes fitnah ini telah dibuka kertas siasatan dibawah Seksyen 500 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Malangnya, video ini sekali lagi digunakan pihak musuh Barisan Nasional untuk merosakkan imej calon Barisan Nasional tersebut yang bertanding di DUN Tanjong Bidara.  Saya membuat laporan ini untuk meminta pihak polis mengumumkan hasil siasatan terhadap kes ini dan meminta tindakan tegas diambil terhadap pemilik media sosial yang sekali lagi menularkan video fitnah ini bagi merosakkan imej BN.

Adalah tidak masuk akal, Dato Rauf yang diiringi ke bilik tersebut oleh Nur Balqis, tidak langsung menutup pintu bilik tersebut sebelum merogol Nur Balqis.  Dari Rakaman CCTV yang telah dirampas oleh pihak polis juga jelas menunjukkan bahawa mereka mula memasuki bilik tersebut jam 2.34 petang dan keluar jam 2.35 petang, rogol apa yang boleh berlaku tidak sampai 2 minit.  Keadaan Nur Balqis ketika keluar dari bilik tersebut juga tidak langsung ada rupa wanita yang baru cuba dirogol. Rambut dan Pakaian masih kemas, beliau tidak tergesa-gesa keluar atau berlari keluar, malah tidak langsung menjerit meminta tolong jika sepertimana mangsa rogol lain.  Perbuatan fitnah seperti ini sewajarnya disiasat segera sebelum rakyat menolak BN semata-mata kerana dakwaan palsu seperti ini.

SALINAN REPORT

PERATUS PENGUNDI AWAL MELONJAK DARI 56% TAHUN 2018, KEPADA 93% HARI INI

ALHAMDULILLAH, PERATUS PENGUNDI AWAL MELONJAK DARI 56% TAHUN 2018, KEPADA 93% HARI INI - SATU KEMENANGAN BESAR BUAT BN IN SYA ALLAH - LOKMAN ADAM

BOSSKU SAMPAI KE DUN SUNGAI UDANG

Bacul betul! Takut sangat dengan BN sampai perlu tutup poster calon BN ke?

PESANAN BUAT PENGUNDI TENTERA DAN POLIS

PESANAN BUAT PENGUNDI TENTERA DAN POLIS YANG AKAN MENGUNDI AWAL ESOK BERSAMA DATO AKMAR HISHAM MUKHLIS DAN DATO LOKMAN ADAM DARI STUDIO BN MASJID TANAH

Abah Kau taknak jawab ke kemana hilangnya 620 juta kerugian yang diumumkan oleh Jabatan Audi Negara?  Sampai DYMM SPB YDP Agong kena minta kerajaan bertindak pulak.  Ni belum lagi direct nego zaman Darurat Abah Kau disiasat

Sketsa peringatan Supaya Tidak Kena Kencing Lagi!

TIAP MALAM ANAK-ANAK TAHFIZ INI AKAN MENGIMARAHKAN KEDIAMAN DATO SRI ALI CALON BN DUN SUNGAI UDANG DENGAN MAJLIS TAHLIL

Sebelum PRU14, DAP Beria-ia menafikan bahawa Mahathir bukan calon PM mereka.  Tapi selepas PRU, Mahathir yang hanya punyai 13 kerusi diangkat oleh DAP menjadi PM kerana dengan mengangkat PM yang kurang kerusi, PM tersebut terhutang budi dan akan ikut semua kehendak DAP. Malah segala apa yang Mahathir nak buat, jika DAP tak restu, dia tak boleh buat.  Itulah sebabnya DAP tidak mahu Anwar yang mempunyai 49 kerusi menjadi PM.

Di Melaka ni, walaupun PKR bertanding kerusi terbanyak, DAP tolak Shamsul Iskandar PKR sebagai calon Ketua Menteri.  DAP mahukan Adly Zahari dari Amanah sebagai Ketua Menteri, walaupun Amanah hanya tanding 8 kerusi. Dengan 8 kerusi yang ditandingi DAP, amanah hakikatnya mendapat sokongan dari 16 calon Pakatan Harapan.  Agak-agak tuan-tuan, kenapa DAP taknak yang punyai kerusi lebih banyak sebagai calon Ketua Menteri? Fikir-fikirlah, jangan sejarah hitam 22 bulan dibawah penjajahan DAP berulang kembali di Melaka!

TIADA SEORANGPUN AKAN DENGAR ARAHAN MUHIYIDDIN!?

"KALAU MUHIYIDDIN ARAH 2 ADUN PPBM JOHOR TARIK SOKONGAN PADA MB UMNO SEKALIPUN, TIADA SEORANGPUN AKAN DENGAR ARAHAN MUHIYIDDIN! MEREKA LEBIH MENGHORMATI SULTAN JOHOR"
LIVE DARI MASJID TANAH BERSAMA DATO LOKMAN ADAM : PRN MELAKA

"UMNO PERLU BERSEDIA UNTUK BERHADAPAN DENGAN SEMUA FITNAH YANG TIDAK AKAN TERHENTI HINGGA PRU 15"
Mesyuarat Cawangan Taman Pelangi, Sri Gading, Johor

Butang Apa Muhyiddin Berani Tekan?

BUTANG APA YANG MUHIYIDDIN BERANI TEKAN - LOKMAN ADAM
MESYUARAT CAWANGAN TERATAI JAYA, SRI GADING

"SUBURKAN INGATKAN RAKYAT TERHADAP KEBOBROKAN PH DAN PN SEHINGGA PRU15"
MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT UMNO CAWANGAN PARIT SAMION, SRI  GADING, JOHOR

Perkembangan Tanjong Bidara. Rauf VS Mas Ermiyati? Asam Pedas??

Sempat meninjau perkembangan di Tanjong Bidara.  Walaupun Datuk Sri Rauf Yusoh bakal menang disini, pengaruh Mas Ermiyati juga masih ada walaupun rata-rata yang kami jumpa marah dengan katak yang mengkhianati UMNO ini.  Harapan untuk melihat Mas Ermiyati hilang deposit memang agak sukar, jentera BN kena berkerja lebih kuat bagi memastikan rakyat tidak lupa pengkhianatan beliau.  Sempat singgah Sayang Beach Resort  yang diusahakan Sdr Wan Helmi

Tengahari ini saya dan sahabat dijamu asam pedas oleh bekas komando kita, Sdr Hassan Gorila di Alai, Teluk Mas, Melaka. Kawasan ni dulu calon PH menang disebabkan saluran orang muda menyokong mereka.  Kali ini In Sya Allah, calon BN Datuk Razak Rahman mempunyai peluang cerah untuk menang.  Moga lebih ramai orang muda kembali menyokong BN

IDRIS HARUN BAKAL TERSUNGKUR DI ASAHAN..?

IDRIS HARUN BAKAL TERSUNGKUR DI ASAHAN KERANA BERHADAPAN DENGAN PEMBOIKOTAN DAP

NIAT DIHATI NAK RONDA KAMPUNG, TIBA -TIBA RAMAI PULAK YANG MENUNGGU NAK SALAM CIKGU ALI, TERPAKSA PATAH BALIK SEKERAT JALAN TAKUT LANGGAR SOP