Siasat Segera.. Kenapa?

POLIS PERLU SIASAT SEGERA KENAPA SUAMI KETUA HAKIM NEGARA MEMANTAU PERJALANAN KES DSN. UNTUK SIAPA BELIAU MERAKAM DAN MENGHANTAR LAPORAN? - LOKMAN ADAM

Alhamdulillah kes Hina Mahkamah saya hari ini (Kes saya pertikai SOP tidak dibenarkan mencatit menggunakan Handphone) dihadapan YA Hakim Dato' Collin Lawrence Sequerah hari ini telah selesai.  Saya telah memohon maaf tanpa syarat kerana telah merungut kepada sahabat saya Sdr Hafiz dengan mengeluarkan perkataan stupid terhadap SOP mencatat menggunakan lap top boleh tetapi mencatat menggunakan handphone tidak boleh.  Hakim telah berikan peringatan kepada saya tanpa sebarang hukuman.  Alhamdulillah! Terima kasih juga kepada peguam saya En K. Balaguru dan En Valen yang telah berhujah dengan sangat cemerlang

Solidariti Buat DS Najib Tun Razak

1. Kita tahu Datuk Seri Najib Razak berdepan cabaran sukar dalam rayuan kes SRC International di Mahkamah Persekutuan semalam.

2. Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau  untuk mengemukakan keterangan baharu dalam rayuan terakhirnya adalah keputusan mahkamah dan kita menghormati dan tidak mahu dikatakan    menghina mahkamah.

3. Namun sebagai rakyat, ahli dan pemimpin parti keputusan tersebut tidak menghalang kami untuk terus bersama perjuangan beliau dalam parti dan kes yang sedang dibicarakan.

3. Memang keadilan itu suatu perjalanan yang panjang. Malah terdapat ungkapan bahawa  there are three types of truth. Your truth, my truth and the truth. Truth Is God's Word.

4. Marilah kita terus bersatu hati, bersolidariti bersama DS Najib Tun Razak. Jangan putus asa. Terus tabah dan terus berjuanglah bersama kita.

5.Terlalu banyak jasa dan sumbangan beliau telah berikan untuk UMNO, BN dan kerajaan BN yang tak akan dapat dilupuskan dalam sejarah negara.

5. Ketika PH memerintah 22 bulan beliau berjaya menangkis serangan terhadap UMNO di kala UMNO diperlekehkan dan cuba dikuburkan oleh musuh politik.

6. Melalui media sosial FB beliau berjaya menjawap serangan pembangkang dan musuh dalam selimut dengan data dan fakta. Ketika PRN Sabah, Melaka dan Johor beliau berkampung dan berkempen membantu kemenangan UMNO/BN. Inilah Najib Razak yang kita hormati memperjuangkan UMNO.

7. Perlu diakui media sosial FB Najib sangat berpengaruh di negara ini. Beliau ialah Raja Media Sosial dan berjaya membantu memulihkan UMNO lebih cepat hingga mereka yang pernah menjauhi dan memperlekeh UMNO sebelum ini dilihat bukan sahaja mahu mendekati malah mahu menguasai UMNO pula sekarang.

6. Insya Allah kita di setiap akar umbi cawangan dan bahagian UMNO dan BN akan terus bersama DS Najib Razak dan susah senang bersama.

Kita bukan kacang lupakan kulit.

7. Itulah persahabatan dan perjuangan sejati kita dalam UMNO.

Ahmad Zahid Hamidi

#SolidaritiBersamaNajib
#TerusBangkitDanIstiqamah
#PerjuanganUMNOTakLuntur