Fikir 10 Kali Sebelum Pilih Jadi Peguam..?

FIKIR 10 KALI SEBELUM ANAK ANDA MEMILIH UNTUK MENJADI SEORANG PEGUAM KERANA ANAK GUAM TIDAK ADA KEBEBASAN UNTUK MEMILIH PEGUAM DAN PEGUAM JUGA TIDAK ADA KEBEBASAN UNTUK MENARIK DIRI DARIPADA MENJADI PEGUAM -LOKMAN ADAM

Masa minum di cafe Mahkamah pagi ini bersama Datuk Mutalif Rahim sementara menunggu Kes Bicara Pelajar DAP University Malaya, saya terserempak dengan sahabat lama Abang Mat Sabu, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Sempat bersapa bertanya khabar. Salahuddin ni sahabat baik saya, pernah beliau bagi saya tiket flight beliau balik ke KL dan beliau ambil tiket bas saya bila dia tahu saya ada urusan penting.  Masa tu naik flight boleh lagi pakai tiket orang lain.  Kenangan lama masa naik pentas berceramah sama semasa beliau Naib Ketua Pemuda PAS

Hari ini sudah ada laporan polis dibuat keatas posting Suami Ketua Hakim Negara, saya menjangkakan selepas ini akan lebih ramai membuat laporan polis terutamanya berhubung kehadiran luar biasa Suami Ketua Hakim Negara yang telah memantau perjalanan kes rayuan DSN sambil merakam serta menghantar laporan kepada seseorang

Kebodohan apakah ini?  Orang buka sosial Media supaya orang lain boleh tengok apa kita muat naik di media sosial.  Kalau nak orang tertentu sahaja boleh tengok apa kita muatnaik, set ajelah media sosial tu private.  Takkan nak jadikan orang yang minat ikuti kita dan berulang kali stalk media sosial sebagai penjenayah?  Aduh, cepatlah bubar parlimen, kita humban MP-MP takde otak ni kelaut

Patutlah suami Tengku Maimun beria hadir dan merakam apa yang berlaku dalam pembicaraan Kes Rayuan DSN, daripada posting FB beliau sendiri beliau menunjukkan beliau begitu gembira dengan kejatuhan DSN pada tahun 2018. Penyokong tegar Atuk rupanya.  Kalau polis siasat kepada siapa rakaman yang beliau buat pada hari isterinya membaca keputusan 5 hakim untuk tolak permohonan DSN bagi memasukkan bukti baru dalam pembelaannya, sudah pasti banyak perkara akan terbongkar.  Nak tunggu apa lagi?