Pasukan Propaganda PMO Patut Henti Serang Najib..?

PASUKAN PROPAGANDA PMO SEPATUTNYA BERHENTI MENYERANG NAJIB -LOKMAN ADAM

Alhamdulillah, saya sudah dibebaskan.  Soal siasat pihak PDRM lebih kerana saya menjawab PM berhubung kenyataan beliau "Pilihanraya Tergesa2 Umpama Bunuh Diri", Ismail Sabri Membantu Musuh Umno dengan Melengahkan PRU, Pertemuan Ismail Sabri dengan Tun Mahathir dan macam2 persoalan yang berkisar tentang politik negara.  Sewajarnya Ismail Sabri gunakan Dr Najmil, Annuar Musa dan Raja Petra untuk jawab balas saya jika beliau tidak mampu membalas hujah saya.  Menggunakan polis, AGC dan Mahkamah bukan ciri-ciri pemimpin yang ada kredibiliti