SIAPA PENYAMUN PASIR MELAKA YANG SEBENAR?
LAPORAN POLIS DATO LOKMAN ADAM TERHADAP IDRIS HARON DAN ADLY ZAHARI
Sebelum ini, dua bekas Ketua Menteri Melaka yang kini telah bersama Pakatan Harapan (PH) iaitu Adly Zahari dan Idris Haron telah mendakwa kononnya Kerajaan Negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, banyak meluluskan konsesi pasir sehingga ada yang mengatakan BN Penyamun Pasir.
Pada hari ini, saya hadir untuk kemukakan bukti siapa penyamun pasir yang sebenarnya. Bersama-sama ini saya lampirkan senarai penerima konsesi pasir ketika zaman Adly dan Idris sebagai Ketua Menteri bagi membantu siasatan pihak polis dan SPRM.
Dengan bukti yang saya berikan ini adalah diharapkan agak kedua-dua manusia hipokrit ini berhentilah berlagak suci, bersih, dan maksum seolah-olah pada zaman mereka tiada konsesi pasir yang telah diluluskan hasil sokongan mereka.
Lebih parah lagi, ketika zaman Idris Haron dan Adly Zahari menjadi Ketua Menteri, mereka berdua ini juga telah memberi kebenaran eksklusif untuk pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal di Negeri Melaka. Kita minta pihak polis dan pihak SPRM menyiasat, apa imbuhan yang Idris dan Adly perolehi dengan meluluskan pengondolan
Rizab Hutan Simpan Kekal itu. Ini fakta dan saya ada semua bukti untuk berhadapan dengan Idris yang meluluskan serta kerajaan Adly yang telah menyambung kelulusan pengeluaran pasir dalam kawasan Hutan Simpan Kekal seluas 200 hekta.
Kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal yang terlibat ini Adly namakan sebagai Hutan Pengeluaran bagi menghalalkan tindakannya. Adly telah memberikan kebenaran itu sehingga tahun 2025. Kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal yang terlibat ini adalah kawasan yang sensitif kerana ia juga adalah kawasan tadahan air didalam daerah Jasin.
Patutlah ketika zaman Adly Zahari menjadi Ketua Menteri, Negeri Melaka sering kali berdepan isu catuan air yang teruk hingga menyusahkan rakyat Melaka. Lebih parah lagi, kebenaran yang telah diberikan Adly Zahari untuk pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal ini pula tanpa perlu mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar atau EIA. Atas sebab apa beliau begitu berani? Apa yang imbuhan yang beliau perolehi?
Itu kita belum selidik lagi syarikat-syarikat yang telah diberikan kebenaran oleh Adly Zahari dan Idris untuk terlibat dengan kerja-kerja pengeluaran pasir di kawasan Rizab Hutan Simpan Kekal ini. Seperti Jaya Sepakat Klebang Contruction, Sinar Mesra Global, Gelombang Makmur Sdn Bhd, Abra Sinar Sdn Bhd dan Perusahaan Mampro Bersatu Sdn Bhd.
Saya minta pihak polis dan SPRM akan menyiasat semua maklumat yang kami sertakan ini supaya rakyat negeri Melaka sedar siapa Penyamun Pasir yang sebenarnya.
SIAPA PENYAMUN PASIR MELAKA YANG SEBENAR?
Ini bukti 28 syarikat menerima konsesi pasir dari Adly Zahari dan Idris Haron. Patutlah Tun Khalil dah duduk semeja dengan Pimpinan Amanah, anak diapun rupanya dapat konsesi keluarkan pasir dari Hutan Simpan Kekal di Jasin
LIVE LAPORAN POLIS DATO LOKMAN ADAM BERHUBUNG VIDEO FITNAH KEATAS CALON BN TANJONG BIDARA
LAPORAN POLIS DATO LOKMAN ADAM BERHUBUNG VIDEO FITNAH MELIBATKAN CALON BN TANJONG BIDARA
Saya ingin membuat laporan polis keatas video yang sebelum ini tular di media sosial oleh pemilik FB Kamaruddin bin Lajid kononnya Ketua Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Abd Rauf Yusoh telah cuba merogol seorang pekerja Hotel Ames pada bulan 2hb Oktober 2020.
Wanita Tersebut, Nur Balqis binti Muhammad Shahizan Rajuli, setelah dimaklumkan tentang video yang ditularkan di FB dan whatapp group oleh Cik Farah Nordiana, Guest Experience Manager Hotel Ames, telahpun membuat laporan polis diatas fitnah yang dilemparkan keatas dirinya dan Datuk Sri Rauf Yusoh.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Huzir Mohamad telah pun membuat sidang media menyatakan bahawa kes fitnah ini telah dibuka kertas siasatan dibawah Seksyen 500 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
Malangnya, video ini sekali lagi digunakan pihak musuh Barisan Nasional untuk merosakkan imej calon Barisan Nasional tersebut yang bertanding di DUN Tanjong Bidara. Saya membuat laporan ini untuk meminta pihak polis mengumumkan hasil siasatan terhadap kes ini dan meminta tindakan tegas diambil terhadap pemilik media sosial yang sekali lagi menularkan video fitnah ini bagi merosakkan imej BN.
Adalah tidak masuk akal, Dato Rauf yang diiringi ke bilik tersebut oleh Nur Balqis, tidak langsung menutup pintu bilik tersebut sebelum merogol Nur Balqis. Dari Rakaman CCTV yang telah dirampas oleh pihak polis juga jelas menunjukkan bahawa mereka mula memasuki bilik tersebut jam 2.34 petang dan keluar jam 2.35 petang, rogol apa yang boleh berlaku tidak sampai 2 minit. Keadaan Nur Balqis ketika keluar dari bilik tersebut juga tidak langsung ada rupa wanita yang baru cuba dirogol. Rambut dan Pakaian masih kemas, beliau tidak tergesa-gesa keluar atau berlari keluar, malah tidak langsung menjerit meminta tolong jika sepertimana mangsa rogol lain. Perbuatan fitnah seperti ini sewajarnya disiasat segera sebelum rakyat menolak BN semata-mata kerana dakwaan palsu seperti ini.
SALINAN REPORT