SEPINTAS LALU KEPUTUSAN PRN MELAKA

SANTAI BERSAMA LOKMAN ADAM : SEPINTAS LALU KEPUTUSAN PRN MELAKA

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur saya sempat singgah dulu rumah Cikgu Ali calon BN Sungai Udang, calon BN yang pertama dijangka menang mudah dalam PRN Melaka, tetapi jadi individu yang terakhir didapati tewas.  Terlalu banyak isu yang boleh dipertikai bila kita buat petisyen mahkamah nanti, terutamanya apa yang berlaku didalam PDM kem tentera dan pengeluaran peti undi tentera dari lokap polis yang langsung tak panggil wakil calon BN. Apapun pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Walaupun Cikgu Ali dah buat yang terbaik, kita perlu redho dengan ketentuan Allah ini. Mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik buat beliau.  Bertabahlah sahabatku

Awal pagi tadi sempat meluangkan masa bersama-sama dengan Siswa UMNO, Pelapis masa depan negara.  Luar biasa semangat yang mereka tunjukkan. Melihat wajah adik-adik ini, saya merasa lega dan yakin bahawa UMNO mempunyai masa depan yang cerah kerana ramai cerdik pandai yang terdiri dari golongan muda masih konsisten menjadi jentera UMNO.  Moga Allah selamatkan parti keramat ini