Sempat meninjau perkembangan di Tanjong Bidara. Walaupun Datuk Sri Rauf Yusoh bakal menang disini, pengaruh Mas Ermiyati juga masih ada walaupun rata-rata yang kami jumpa marah dengan katak yang mengkhianati UMNO ini. Harapan untuk melihat Mas Ermiyati hilang deposit memang agak sukar, jentera BN kena berkerja lebih kuat bagi memastikan rakyat tidak lupa pengkhianatan beliau. Sempat singgah Sayang Beach Resort yang diusahakan Sdr Wan Helmi
Tengahari ini saya dan sahabat dijamu asam pedas oleh bekas komando kita, Sdr Hassan Gorila di Alai, Teluk Mas, Melaka. Kawasan ni dulu calon PH menang disebabkan saluran orang muda menyokong mereka. Kali ini In Sya Allah, calon BN Datuk Razak Rahman mempunyai peluang cerah untuk menang. Moga lebih ramai orang muda kembali menyokong BN