RIUH GENG PN BELASAH NURUL IZZAH JADI PENASIHAT TAK BERGAJI, HJ HADI MAKAN GAJI BUTA SEMUA BISU?

BUKAN MAIN RIUH GENG PN BELASAH NURUL IZZAH HARI NI BILA DIA JADI PENASIHAT TAK BERGAJI, TIME HJ HADI MAKAN GAJI BUTA PULUHAN RIBU JADI DUTA TIMUR TENGAH SEMUA MEMBISU. HIPOKRIT!

Kepada yang tak faham, tolong faham sedikit jenis Penasihat yang wujud dalam Negara ni.  Ada Penasihat dilantik secara contract off service, ini jawatan sepenuh masa.  Kena punch card setiap hari ikut waktu pejabat, bergaji, dapat elaun bulanan mengikut gred serta kelebihan lain sebagai penjawat awam.  Mereka tidak boleh menjadi pengarah syarikat sama macam penjawat awam lain.  Kalau jadi Penasihat Perdana Menteri, biasanya Gred Turus Tiga, siap kereta dan driver.

Ada Penasihat yang dilantik secara Contract For Service, mereka ini tak perlu punch card tiap hari, boleh berniaga dan jadi pengarah syarikat, tapi masih dibayar gaji, dapat elaun, kereta, driver dan lain-lain kemudahan sebagai penjawat awam contract for service.

Yang ramai bising pasal Nurul Izzah ni kenapa? Beliau bukannya dibayar gaji atau elaun. Kemudahan kereta dan driverpun tiada. Dulu dia Ahli Parlimen, sekarang ada banyak masa, biarlah dia nak tolong bapa dia dengan menjadi Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada bapanya. Bukan ada punca kuasa untuk tandatangan apa-apa dokumen.  Bukan boleh panggil mesyuarat kakitangan Kementerian Kewanganpun, langsung tiada kuasa. Apatah lagi hendak pengerusikan apa-apa mesyuarat untuk buat sebarang keputusan.

Walaupun tak bergaji, kurang-kurang Nurul Izzah antara yg pertama bercakap soal 'indeks kemiskinan multi-dimensi'.  Ada juga usaha beliau dalam mengatasi masalah kemiskinan dengan mengenalpasti golongan miskin yang hakikatnya bukan hanya sekadar 'B40'.  Atau ikut sesetengah pendapat bahawa berdasarkan 'Pendapatan Garis Kemiskinan', namun ianya lebih mendalam dari itu. 

Usaha Izzah ini membolehkan kerajaan merangka dasar basmi kemiskinan yang lebih berkesan dan bersasar. Lagi mulia usaha Nurul Izzah sebagai Penasihat tidak bergaji seperti bapanya yang tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri berbanding Hj Hadi. Kalau nak ambil kira soal kelayakan, mungkin ramai tak tahu bahawa selain bidang kejuruteraan, Izzah juga pemegang Sarjana dalam bidang Dasar Awam dari School of Advanced International Studies, Johns Hopkins University, Amerika Syarikat. Beliaukan pernah terlibat dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), pernah kendalikan isu kemiskinan dan Latihan TVET dan macam-macam pengalaman lain.

Kalau nak dibandingkan dengan Hj Hadi yang tidak pernah ke Arab Saudi walaupun makan gaji sebagai Duta Timur Tengah, lagi mulia kerja Probono Nurul Izzah. Saya tidak fikir gaji yang Hj Hadi terima dulu hanya untuk beliau memberikan justifikasi bahawa amalan menyogok pengundi semasa PRU15 itu merupakan SEDEKAH, BUKAN RASUAH.

Dato' Lokman Adam
Presiden Laskar Siber
Malaysia