JURUCAKAP GENG PRO PN MASIH TIDAK BOLEH MOVE ON, NAK PERTIKAI KEPUTUSAN PERWAKILAN PAU 2022 PULA
Terima Kasih Dato' Dr Baharuddin Aziz, yang telah mengadakan jamuan makan tengahari untuk meraikan kami semalam. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. Semoga pasukan Dato dapat terus membantu memperkukuh UMNO dengan penyelidikan-penyelidikan yang Dato' jalankan hendaknya
KLIK LINK INI UNTUK JOIN GROUP KERAJAAN PERPADUAN 2
Dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO pernah memutuskan tidak ada pertandingan jawatan no 1 dan no 2 nya.
1996, bermula dengan cadangan MKT hanya untuk jawatan no 1 tidak dipertandingkan. Perwakilan mengemukakan usul baru yang dipersetujui oleh TS Ninam Shah, Pengerusi Tetap agar dimasukkan juga jawatan no 2 tidak dipertandingkan. PAU bersetuju. Ketika itu No 1, DS Dr Mahathir. No 2 DS Anwar Ibrahim.
2001, MKT bentangkan usul supaya tidak ada pertandingan No 1 dan No 2. Dr. Mahathir dan Pak Lah. PAU bersetuju.
2023, tiada usul dari MKT, tetapi usul tambahan datang dari Perwakilan. Dibahas dan diundi. PAU bersetuju. No 1 DS Zahid Hamidi. No 2 Tok Mat Hassan.
Walau bagaimanapun berbanding parti-parti politik lain, UMNO paling banyak berlaku perubahan pucuk pimpinan partinya.