Ampun Tuanku! Mohon izin mencadangkan Perdana Menteri Interim untuk mengepalai Darurat

Ampun Tuanku! 
Sembah Ampun beribu-ribu Ampun. 

Patik dan rakyat menjunjung titah Proklamasi Darurat yang Tuanku Titahkan. Namun, Patik mohon izin untuk mencadangkan, demi menjaga nama baik Tuanku, adalah lebih elok sekiranya Tuanku perkenan memilih seorang Perdana Menteri Interim untuk mengepapalai Darurat sebelum wujudnya persepsi negatif Darurat diistihar bagi menyelamatkan kedudukan Tan Sri Muhiyiddin Yassin yang telah kehilangan majoriti parlimen untuk kekal sebagai Perdana Menteri. Penarikan sokongan YBM Tengku Razaleigh Hamzah, YB Dato Ahmad Jazlan Yaacob dan YB Dato Sri Nazri Aziz hari ini jelas menunjukkan bahawa Tan Sri Muhiyiddin sudah hilang legitimasi sebagai seorang Perdana Menteri.  Mohon perkenan Tuanku untuk memberikan pertimbangan yang serius bagi memastikan nama baik Institusi DiRaja negara ini dapat terus dijaga dengan baik dan terhindar dari fitnah. Patik mohon mencadang. Ampun Tuanku, beribu-ribu Ampun.

Lokman Adam