DEBAT ISU KEHILANGAN MAJORITY MB PERAK BERSAMA DATO LOKMAN ADAM, DATO DAHALAN MAAMOR DAN DATO ZAHARIN MD YASSIN
Sabin ni dah pencen, tapi dah dua kali lepas pencen perkhidmatan beliau disambung. Apakah kriteria yang membuat kerajaan Mahathir dan Muhiyiddin menyambung perkhidmatannya? Adakah kerana kejayaannya menyiksa dan mendera orang-orang UMNO? Adakah kerana kemampuannya mengubah Sumbangan Politik Yang Diterima Dato Sri Najib wajib bayar cukai tapi sumbangan politik yang diterima dari Mahathir, Muhiyiddin dan Pimpinan Pakatan Harapan lain bebas dari sebarang cukai? Adakah kerana sumbangan beliau menyiksa anak beranak DSN sehingga hadiah kawin yang diterima Nuryana Najib dari ibu mertuannya juga dikenakan cukai pendapatan sehingga 10 juta lebih walaupun Nuryana masih belajar dan belum berkerja ketika itu? Adakah kerana sumbangannya mengerjakan pemimpin UMNO dengan cukai yang tidak masuk akal jika mereka tidak mahu menyokong Mahathir dan Muhiyiddin?
Selagi Muhiyiddin dibiarkan menjadi kepala kerajaan, maka Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, SPRM, LHDN dan pelbagai agensi lain akan digunakan untuk menekan musuh-musuh politik pemerintah.
#MuhiyiddinOut
Alhamdulillah MP BN, Kepimpinan UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO masih konsisten mempertahankan hak rakyat agar Kerajaan Muhiyiddin membenarkan SEMUA Pencarum KWSP mengeluarkan Maximum RM10,000 secara one off dari akaun 1 KWSP. Semoga kenyataan ini disusuli dengan penarikan sokongan terhadap Kerajaan Muhiyiddin jika beliau masih ANGKUH!
#MuhiyiddinOut