MUHIYIDDIN TAK UMPAMA PERMINTAAN UMNO

MUHIYIDDIN TAK UMPAMA PERMINTAAN UMNO AGAR TEMPOH MOROTARIUM DIBERI SECARA AUTOMATIK DAN HAK PENCARUM KELUAR RM10,000 MAXIMUM. BAJET PROPAGANDA PULA MENJADI KEUTAMAAN - LOKMAN ADAM

BAJET 2021 : PERTAHAN AZMIN LEBIH UTAMA DARI PERTAHAN RAKYAT?

Dulu Dr Afif antara yang lantang minta JASA ditutup, malah beliau mempertikai gaji yang dibayar kepada saya dan Tun Faisal sebagai Panel Pemikir JASA. Masa tu bajet untuk JASA setiap tahun hanya 1/4 dari apa yang diluluskan kepada JASA yang kini khabarnya bakal dipimpin oleh orang kanan Azmin Ali, Dr Afif Bahardin ini.  Nampak sangat Bajet 2021 ni mengutamakan Kroni Azmin.  Dulu jasa ada 1400 lebih kakitangan, patutlah dapat sampai 20 juta.  Sekarang kakitangan JASA bawah Dr Afif ni hanya ada 60 orang. Frontlinerspun dapat RM 62 juta setiap 10,000 kakitangan. Adakah peruntukkan sebesar itu untuk tugas besar membersihkan nama Azmin sebagai Tokoh Semburit Negara? Apa kejadahnya ini? Kenapa bajet untuk propaganda perlu sebesar itu, manakala bajet untuk keperluan rakyat dikurangkan.  Zaman Dato Sri Najib, BR1M 2017 kerajaan peruntukkan RM6.8 billion untuk 7.2 juta keluarga.  Masa tu takdepun Covid dan rakyat tak sengsara macam sekarang.  Sekarang, time Covid, hanya RM6.5 billion diperuntukkan untuk 8.1 juta keluarga. Jauh lebih rendah dari Zaman Najib.  Patutlah Rakyat #RinduZaman Najib

Musnah harapan rakyat Malaysia yang mengharapkan mereka akan dapat mengeluarkan RM10,000 duit mereka dari Akaun 1 KWSP. Bukan minta duit kerajaan pun, duit mereka sendiri! Ada yang nak mulakan perniagaan kerana kehilangan pekerjaan, ada yang nak tambah modal untuk cover hutang yang terkumpul akibat pendapatan tak sempurna sepanjang PKP dan ada yang nak cari pendapatan tambahan.  Nak buka gerai burger macam Asri, memerlukan belanja sekitar RM 5,000. Nak jadi penjaja sate, RM5,500.  Muhiyiddin hanya bagi cara runcit-runcit RM500 je blh keluar duit sendiri selama 12 bulan. Bagi yang nak cari rumah lebih kecil, nak bayar lori pindah rumah kerana dihalau tuan rumah kerana tak mampu bayar sewa rumahpun tak lepas. Ada idea tak, meniaga apa boleh buat dengan modal RM500 selain dari direct selling?

ADA SESIAPA BERMINAT NAK JAGA QURAAN EMAS?

Sahabat kita ni sebelum ini meniaga di Menara Tinjau Ampang, malangnya Zaman PH Keseluruhan kompleks Menara Tinjau itu telah disita mengakibatkan beliau kehilangan pelaburan hampir 6 juta ringgit. Ditambah dengan kesan Covid 19, beliau berhadapan dengan masalah untuk menyiapkan projek perumahan yang beliau bina.  Bagi menyelesaikan masalah beliau, beliau bercadang untuk melepaskan "Gold Tooling Quraan" yang beliau miliki sebanyak 3 juzuk.  Harga pasaran Al Quraan yang berusia 500 tahun ini adalah sekitar RM 10 juta (Mengikut Penilaian UKM).  Beliau mencari hartawan yang bersedia mengambil alih Al Quraan tersebut dengan hanya separuh harga.  Boleh hubungi 01162215253 untuk keterangan lanjut atau google search "Gold Tooling Quran"