Sahabat2 yang saya hormati, saya kini dijaga dengan cukup baik oleh abang2 Tentera di Hospital Tentera Tengku Mizan Wangsa Maju. Ramai bising saya tidak keluar bersiaran lama benar. Selepas Arwah Pablo Positive covid saya telah buat swab test dan didapati negative covid. Namun beberapa hari selepas itu, badan saya mula melemah, tak blh jalan kaki macam biasa, hilang selera makan sampi berat hilang 10kg, cakap tergagap2, mula sukar nak mengingati sesuatu dan hilang kemampuan bercakap mcm biasa. Saya mula buat isolasi kendiri bila isteri dan anak saya juga demam. Namun keadaan oksiden saya jatuh ditahap 80 membimbangkan keluarga dan sahabat2 saya. Setiap hari saya dipujuk ke hospital namun saya menolak, saya taknak jadi Arwah Pablo. Atas usaha rakan2 politik saya terutamanya Senator Dato Sri Ali Timbalan Speaker Dewan Negara meminta bantuan Dato Syed Fazmi Supol Menteri Pertahanan dan YAB TPM sendiri, Abg Long Mail barulah saya setuju untuk dimasukkan di hospital ini semalam. Saya masih percaya intergriti doktor2 Tentera kita. Sangkaan saya ternyata benar. Hanya beberapa jam di sini, kederat saya bertambah baik, oksigen naik ke96 dan saya kembali blh makan semula. Kalau siapa yang obesiti, tolonglah hantar pesakit tu kesini. Doktor sahkan saya stage 4 melalui exray paru2. Manakala isteri saya stage 2 covid setelah buat swab test keatas isteri saya.
Alfatihah Buat Pablo