11.06.2020

LIVE LAPORAN POLIS DATO LOKMAN ADAM TERHADAP GOPAL SRI RAM DAN TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD YANG TERLIBAT CUBAAN MENGULINGKAN KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT MELALUI PROSES DEMOKRASI

AYUH KITA GEGARKAN SATU NEGARA DENGAN MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PENGKHIANATAN GOPAL SRI RAM DAN TUN DR MAHATHIR! KITA TENGOK MAHATHIR KETAR LUTUT TAK BERHADAPAN TALI GANTUNG

Di Mahkamah Shah Alam Sebutan kes Arwah Syed Danial.  Satu lagi penganiayaan yang Pakatan Harapan lakukan terhadap saya. Saya buat laporan polis minta siasat siapa yang tular gambar Arwah Syed Danial memegang Solfball Batt yang kelihatan seolah-olah Arwah yang menyerang pembunuhnya Yew Wei Liang, saya pula yang didakwa.  Patutnya bila dah tukar kerajaan ni, kes macam ni yang patutnya digugurkan.  Representasi saya kepada AG lama telah ditolak dan kes akan disebut semula pada 28 Ogos, 2020. Sepatutnya disiasat siapa yang berniat jahat menularkan gambar arwah yang diambil dari video yang dirakam oleh isteri pembunuh arwah.  Takde siapa pelik ke Yew Wee Liang dan Isterinya ditahan bersama dengan telefon bimbit mereka, tapi still photo dari video yang isteri Yew Wee Liang ambil boleh keluar dua hari selepas mereka ditahan pihak polis. Akhirnya orang yang buat laporan polis pula didakwa.  Sekarang, Tan Sri Apandi pun dah dedah bagaimana Gopal Sri Ram meminta Tan Sri Apandi mendakwa DS Najib hanya dengan alasan orang tak suka dia. Boleh ke kita tangkap dan dakwa orang kerana ada rakyat tak suka seseorang tu? Bila Mahathir berkuasa pula, Gopal Sri Ram dilantik menjadi DPP Kanan kes 1MDB.  Tapi kes Datin Sri Rosmah dia masuk, Kes DSN lainpun dia masuk dan kes nak penjarakan saya sebab saya report   Amhari terima rasuahpun dia yang jadi DPP.  Hari in, DSN menunggu keputusan Kes SRC International pada 28 Julai, 2020. Kalau tanya saya adakah Dato Sri Najib akan menang kes tersebut? Jawapan saya mudah, Dato Sri Najib adalah calon Perdana Menteri yang diperlukan negara untuk memulihkan negara dari kerosakan yang ditinggalkan Pakatan Harapan, baik dari segi pentadbiran negara, ekonomi, kedudukan istimewa pribumi, pengukuhan matawang dan bursa saham dan pelbagai perkara lain.  Anda rasa pesaing Dato Sri Najib nak bagi laluan mudah untuk Dato Sri Najib kembali jadi Pengerusi Barisan Nasional dan kembali jadi Perdana Menteri ke 9 ke? Anda fikirkanlah sendiri! Apapun lepas ni saya dan Peguam saya, Logan Narayanan dan  Zahid Saaizan akan ke IPK Shah Alam untuk lapor perbuatan khianat Gopal Sri Ram dan Tun Mahathir yang cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara demokrasi

BERSAMA USAHAWAN JOM SATE YANG BERJAYA, ENCIK IKRAM YUSOF. ANDA BILA LAGI? SILA HUBUNGI 0108995939 JIKA BERMINAT JADI USAHAWAN