PESANAN PENTING UNTUK PESERTA PERHIMPUNAN UMMAH

PESANAN PENTING UNTUK PESERTA PERHIMPUNAN UMMAH 
Oleh : Dato' Lokman Adam

Kebelakangan ini barisan kita ditembusi oleh puak-puak Mahathir yang mahu menukar Perhimpunan Aman Ummah 18/12/2018 menjadi pertempuran berdarah.

Perlu ditegaskan disini bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Dato Sri Haji Hadi Awang telah berulang kali menegaskan bahawa perhimpunan ini adalah PERHIMPUNAN AMAN dan tidak ada sebab bagi masyarakat berbilang kaum negara bimbang dan gusar bahawa ianya akan bertukar menjadi rusuhan kaum.  Kita sedar bahawa yang tamak haloba dan tidak pernah berpuashati dengan apa yang peribumi  negara ini nikmati hanyalah segelintir ekstremis dari Hindraf, DAP dan individu bawah pembiayaan DAP.

Oleh yang demikian, jangan kita terjebak dengan hasutan kelompok yang ditaja mahathir untuk melakukan provokasi dengan menyuruh kita mengasah parang, pedang dan sebagainya.  PASTIKAN tidak ada yang turun ke Perhimpunan Ummah 8/11/2018 ini dengan membawa sebarang bentuk senjata.  JANGAN biarkan diri kita diperalat Mahathir untuk mencetus kekecohan bagi menghalalkan Mahathir MENGISTIHAR DARURAT supaya kerusi Perdana Menteri tidak perlu beliau serahkan kepada Anwar.

#KEKALKAN KEHARMONIAN KAUM DENGAN MEMASTIKAN PERHIMPUNAN KITA AMAN SEPERTI BIASA

#KEKALKAN KEHARMONIAN KAUM DENGAN BERHENTI MERAMPAS HAK ISLAM DAN BUMIPUTRA

Dato' Lokman Noor bin Adam
Presiden
Pemantau Malaysia Baru
25 November, 2018

Hanya satu saluran arahan akan saya gunakan untuk mengelakkan sabotaj musuh.  Sila download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk sertai saluran tersebut kerana semua maklumat dapat saya hantar kepada berpuluh ribu orang serentak berbanding whatapp yang kini hanya menghadkan 20 groups sekali penghantaran :