JELAJAH MENENTANG STATUT ROM : MEMPERTAHAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN

JELAJAH MENENTANG STATUT ROM : MEMPERTAHAN SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN

TARIKH : 16hb April, 2019 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Markas PAS Sri Gading, 
Kg Baru Sri Gading, TL Jk 259 Km Bt 9 ,Jalan Kluang ,Sri Gading ,86400 Batu Pahat, Johor

Ucapan Aluan : Y.Bhg Lt Kol (B) Hj Ashari bin Sidon, YDP PAS Kawasan Sri Gading
                         : Y. Bhg Dato' Hj Ali Sheikh Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Sri Gading

Ucapan Panelis : YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaacob, Naib Presiden UMNO
                            : Y. Bhg Ustaz Abdullah Hussin, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor

SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR BAGI MENJAYAKAN PROGRAM INI SEBELUM PERHIMPUNAN di Istana Bukit Serene, Johor Baharu pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Salam 1 Malaysia

SEKRETARIAT SUARA RAKYAT UMNO 15/04/2019


PERBICARAAN NAJIB BERSAMBUNG PAGI INI

ADAKAH NAJIB TAHU DANA YANG MASUK DALAM AKAUNNYA DARI MANA? - TAN SRI SHAFEE ABDULLAH

PELAJAR MOHON MAAF KRITIK ABDUL HADI

KERAJAAN PH 'BAGAIKAN KERA MENDAPAT BUNGA' ? - MUFTI PERLIS

PENGHINAAN TERHADAP INSTITUSI DIRAJA TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN- TENGKU HASSANAL

HATRIK PRK SAKSI BN KEMBALI MENDAPAT SENTUHAN RAKYAT

ISU TEROWONG DASAR LAUT: GHANARAJA SUDAH DIDAKWA, GUAN ENG BILA LAGI?

TAHNIAH MB JOHOR BAHARU, JANGAN ULANGI KESILAPAN PH YANG BANYAK KONTROVERSI


MALAYSIA GESA AS KELUARKAN NEGARA DARI 'INDIKATOR K'

PENALTI YANG TINGGI JIKA BATAL ECRL

PAUITM DESAK PIHAK BERKUASA TEGAS TANGANI ISU HINA AGONG

RANTAU BOGELKAN WAJAH SEBENAR DAP

2018 MILIK PH, 2019 BN PUNYA

JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. JOM BANTU SEKRETARIAT SUARA RAKYAT UMNO MENGIKUT KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN ANDA

Untuk makluman lanjut :
Telefon No : 0123320000

Facebook : Lokman Noor Bin Adam

Instagram dan Twitter : lokmanadam

Mohon bantuan teman-teman untuk meminta penyokong kita yang lain untuk download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk mendapat maklumat terkini. Saya telah menghentikan penyebaran maklumat melalui whatapps group kerana whatapps hanya menghadkan 5 groups sekali penghantaran :

Perhatian :  Untuk makluman anda, kami tidak pernah gagal menghantar maklumat setiap hari, maka  jika mesej kami terhenti lebih 24 jam, sila copy link diatas, delete telegram dan install semula. Kemudian click join di channel kami semula.

SUARA RAKYAT UMNO 22/03/2019

TENGOK APA JADI PADA PENYOKONG DAP YANG CUBA GANGGU PROGRAM BOSS KITA NAJIB RAZAK SEMBANG SANTAI BERSAMA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA

VIDEO 1

VIDEO 2

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Salam 1 Malaysia

SEKRETARIAT SUARA RAKYAT UMNO 22/03/2019

NAK BERSOLAT DI MASJID PUN ADA LAPOR POLIS: NAJIB

ASET PNB PULA JADI MANGSA… KERAJAAN PH DAHAGA WANG SANGAT KE SEKARANG? SOAL NAJIB

MALAYSIA BERDEPAN CABARAN KRISIS INTEGRITI

KABINET LEMAH, KENA ROMBAK - ABDUL HADI

LAPORAN KEBAHAGIAAN DUNIA: PH GAGAL TAHAP 'GABAN', RAKYAT TAK BAHAGIA

MASIH MAHU NAFI SEDANGKAN NARATIF PEMIKIRAN DAP MASIH DALAM KERANGKA KAUM

KERAJAAN PH PATUT TANGANI ISU SENSITIF SEGERA, JANGAN TOLAK ANSUR HAL AGAMA, RAJA-RAJA DAN PERKAUMAN – MAHDZIR

PEMUDA UMNO GESA RAZALI DIPECAT

PEMUDA UMNO SIAP SEDIA GEMPUR DUN RANTAU, YAKIN TETAP MILIK BN

SELEPAS 10 BULAN MEMERINTAH, DAH BERAPA RCI YANG PH TUBUHKAN?

JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, JOM SERTAI PERTUBUHAN PEMANTAU MALAYSIA.  BANTU KAMI MENGIKUT KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN ANDA

Untuk makluman lanjut :
Telefon No : 0123320000

Facebook : Lokman Noor Bin Adam

Instagram dan Twitter : lokmanadam

Mohon bantuan teman-teman untuk meminta penyokong kita yang lain untuk download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk mendapat maklumat terkini. Saya telah menghentikan penyebaran maklumat melalui whatapps group kerana whatapps hanya menghadkan 5 groups sekali penghantaran :

Perhatian :  Untuk makluman anda, kami tidak pernah gagal menghantar maklumat setiap hari, maka  jika mesej kami terhenti lebih 24 jam, sila copy link diatas, delete telegram dan install semula. Kemudian click join di channel kami semula.

SEMAKIN HARI DAP SEMAKIN GELABAH DENGAN KEMARAAN DATO SRI NAJIB RAZAK
Oleh : Lokman Adam

Bermula dengan 5 laporan polis di Langkawi ketika Dato Sri Najib bercuti, diikuti dengan larangan Dato Sri Najib dari menghadiri forum di UKM, seterusnya dengan larangan dari menunaikan Solat Jumaat di UTHM, larangan masuk Felda dan hari ini laporan polis dibuat apabila Dato Sri Najib mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar Rahman berhampiran Universiti Malaya, ini semua  jelas membuktika bahawa negara ini sudah tidak lagi mempunyai kebebasan bersuara dan berhimpun.

Bagi mengelakkan tindakan diambil keatas Persatuan Pelajar yang menjemput Dato Sri Najib ke Universiti Malaya bagi menghadiri pengagihan bantuan makanan percuma untuk pelajar, Dato Sri Najib telah mengambil kelutusan untuk menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar Rahah Kampung Kerinchi dan mengadakan Sembang Santai Bersama Mahasiswa UM di Restoran Amjal.  Walau bagaimanapun, amat mendukacitakan apabila 6 orang pelajar yang difahamkan merupakan penyokong DAP UM telah melakukan provokasi dihadapan lokasi program santai kami.

Sekiranya provokasi tersebut dilakukan tanpa menggunakan gambar jelek Dato Sri Najib Razak, saya akan membiarkan sahaja mereka menggunakan hak mereka untuk berhimpun.  Namun, bacullah kami jika membiarkan bangsa DAP yang biadap ini  meneruskan kebiadapan mereka terhadap pemimpin kami. Melihat provokasi tersebut, saya telah mendekati pelajar tersebut dan bertanya dengan beliau samaada gambar jelek yang dipegang adalah gambar beliau.  Maka bila beliau tidak menjawab, saya telah menegaskan kepada beliau bahawa ini gambar menghina Dato Sri Najib, lalu saya merampas dan mengoyakkannya.

Ketika saya mengoyakkan gambar tersebut, penyokong DAP tadi cuba menghalang saya.  Beliau kemudiannya dihalang dan ditarik oleh beberapa individu yang berada ditempat kejadian.  pelakar tersebut sepatutnya bersyukur kerana beberapa orang pemimpin UMNO berada ditempat kejadian dan menghalang beliau dari dipukul oleh orang ramai yang menyirap melihat kebiadapan mereka.

Jika AMK PKR mahu membicarakan soal kebebasan pelajar tersebut mempertikai soal 2.6b, kenapa tidak tanya dengan 7  penyokong DAP tersebut mengapa mereka tidak menyertai sembang santai bersama Dato Sri Najib dan tanya Dato Sri Najib sendiri tentang 2.6b yang sudahpun Dato Sri Najib jawab berpuluh kali.  Kenapa tindakan saya merampas dan mengoyakkan gambar jelek pemimpin kami hendak dipertikai, bukankah negara ini mempunyai undang-undang yang mencegah rakyatnya dari memamirkan gambar jelek mana-mana pemimpin.  Saya tidak akan merampas poster tersebut jika beliau mempamerkan gambar  Lim Guan Eng dengan Terowongnya, kerana itu gambar pemimpin mereka.  Namun, sekiranya mereka memamirkan gambar jelek pemimpin kami, kami tidak akan mendiamkan diri.

Kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap pelajar terbabit sama seperti tiada tindakan diambil ketika Banner Provokasi dengan Gambar Datin Sri Rosmah digantung ketika hari mengundi di Semenyih? Adakah menguatkuasaan undang-undang hanya dilaksanakan ke atas penyokong Barisan Nasional dan PAS? Manakala kebebasan mutlak untuk melanggar undang-undang diberikan kepada Penyokong Pakatan Harapan? Inilah rule of llaw acuan Malaysia Baru DAP? Saya belum lupa adik saya direman 4 hari hanya kerana menularkan semula gambar seorang individu yang meletakkan punggungnya dikaca tv yang mempunyai gambar Tun Mahathir.  Saya juga belum lupa apabila saya dilokap kerana mendedahkan tindakan AG melindungi 4 individu yang sudah didakwaan di bawah Seksyen 307 Kanun Kesiksaan diatas kesalahan Cubaan Membunuh Adib. Cerminlah dulu kerajaan kamu sebelum hendak mengata tentang orang lain.

Dato' Lokman Noor bin Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
22hb Mac, 2019

LIVE BOSSKU NAJIB RAZAK DAN DR ASYRAF WAJIDI BERSAMA PELAJAR UM

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Salam 1 Malaysia

SEKRETARIAT SUARA RAKYAT UMNO 21/03/2019

BOSSKU NAJIB RAZAK SOLAT JUMAAT DI MASJID AR RAHAH KERINCHI 

HANYA NAJIB MAMPU SELAMATKAN MALAYSIA DARI KEMUSNAHAN EKONOMI AKIBAT KEGAGALAN PAKATAN HARAPAN - LOKMAN ADAM

MATLAMAT TABUNG HAJI BERI KEBAJIKAN, BUKAN SUKARKAN JEMAAH - JAMIL KHIR

BERANIKAH NGA KOR MING SAMBUT CABARAN DEBAT NOH OMAR TANPA JUBAH TIMBALAN SPEAKER?

JANGAN BEBANKAN RAKYAT DENGAN POTONG SUBSIDI HAJI, MUJAHID DIMINTA HAYATI MATLAMAT TH

PROJEK BERBILION TIDAK SELESAI MASALAH RAKYAT DI KEDAH

ISU GANJA CURI TUMPUAN SIDANG DEWAN RAKYAT

TAHNIAH PH LAHIRKAN PEJUANG GANJA - BN SELANGOR

ELAUN PELAJAR PRAKTIKAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN JANGAN BERAT SEBELAH!

KHAZANAH PERTIMBANG TUTUP PEJABAT LONDON

JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, JOM SERTAI PERTUBUHAN PEMANTAU MALAYSIA.  BANTU KAMI MENGIKUT KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN ANDA

Untuk makluman lanjut :
Telefon No : 0123320000

Facebook : Lokman Noor Bin Adam

Instagram dan Twitter : lokmanadam

Mohon bantuan teman-teman untuk meminta penyokong kita yang lain untuk download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk mendapat maklumat terkini. Saya telah menghentikan penyebaran maklumat melalui whatapps group kerana whatapps hanya menghadkan 5 groups sekali penghantaran :

Perhatian :  Untuk makluman anda, kami tidak pernah gagal menghantar maklumat setiap hari, maka  jika mesej kami terhenti lebih 24 jam, sila copy link diatas, delete telegram dan install semula. Kemudian click join di channel kami semula.

SUARA RAKYAT UMNO 19/03/2019

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Salam 1 Malaysia

SEKRETARIAT SUARA RAKYAT UMNO 19/03/2019

LIVE BOSS KITA NAJIB RAZAK DISERBU DI TESCO SENAWANG

SULTAN JOHOR BATAL PROGRAM JAMUAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN, TUMPU PADA MANGSA DI PASIR GUDANG

PH MEMBISU HUTANG BERTAMBAH

SUNGAI MASAI PULA DICEMARI TOKSIK?

395 PESAKIT BAHARU PENCEMARAN SISA KIMIA

MEDIA DIHALAU SELEPAS 1 MINGGU BUAT LIPUTAN PENCEMARAN TOKSIK

PH KERAJAAN YANG GAGAL… HUTANG MAKIN BANYAK TAPI RAKYAT TAK DAPAT APA – ISMAIL SABRI

MP PEMBANGKANG KELUAR DEWAN, PROTES KEPUTUSAN TIDAK ADIL TIMBALAN SPEAKER

SIAPA HINA DEWAN… SAYA ATAU TIMBALAN SPEAKER? – NOH OMAR

SAMAN TETAP SAMAN!

UEC DIIKTIRAF? PH DIMINTA BERI PENJELASAN…

PH PERLU CAKAP SERUPA BIKIN, BUKTIKAN PENTINGKAN PERPADUAN TANPA IKTIRAF UEC

TUN M ADALAH KUDA TUNGGANGAN DAP. KENAPA JELUTONG MARAH?

UMNO-PAS KUALA KANGSAR TUBUH JAWATANKUASA BERSAMA

MENTERI DAP KANTOI MENIPU DALAM PARLIMEN!

JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, JOM SERTAI PERTUBUHAN PEMANTAU MALAYSIA.  BANTU KAMI MENGIKUT KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN ANDA

Untuk makluman lanjut :
Telefon No : 0123320000

Facebook : Lokman Noor Bin Adam

Instagram dan Twitter : lokmanadam

Mohon bantuan teman-teman untuk meminta penyokong kita yang lain untuk download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk mendapat maklumat terkini. Saya telah menghentikan penyebaran maklumat melalui whatapps group kerana whatapps hanya menghadkan 5 groups sekali penghantaran :

Perhatian :  Untuk makluman anda, kami tidak pernah gagal menghantar maklumat setiap hari, maka  jika mesej kami terhenti lebih 24 jam, sila copy link diatas, delete telegram dan install semula. Kemudian click join di channel kami semula.h

ZAHID BERTANGGUNGJAWAB MENYELAMATKAN ASET DAN MP UMNO DARI JATUH KETANGAN MAHATHIR

Oleh : Lokman Adam

Saya ditanya oleh pihak wartawan, apa pandangan saya tentang kenyataan Presiden UMNO, Dato Sri Zahid Hamidi bahawa beliau akan kembali menjalankan tugas Presiden UMNO apabila berlaku peristiwa besar tidak lama lagi.  Diperingkat awal, saya tidak bercadang untuk menjawab isu ini, memandangkan PRK Semenyih sudah terlalu hampir.  Namun, apabila Hamzah Zainuddin dan 5 MP UMNO yang terjebak menjayakan agenda Mahathir mendesak Dato' Seri Zahid bercuti, mengingkari janji mereka, maka saya gagahi tangan ini untuk menjawab isu tersebut.

Ingin saya tegaskan disini bahawa saya sangat setuju, Dato' Seri Zahid Hamidi kembali menjalankan tugas beliau sebagai Presiden.  Sejak dari awal saya tidak bersetuju dengan keputusan Dato' Seri Zahid untuk tunduk kepada permintaan kumpulan minoriti yang diketuai Hamzah Zainuddin.  Dato' Seri Zahid adalah Presiden yang dipilih oleh ahli, tidak ada siapa berhak untuk buang beliau dari jawatan tersebut kecuali Perwakilan UMNO Bahagian-bahagian.  

Jika ada dikalangan Kepimpinan UMNO yang tidak berpuas hati dengan keputusan perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian, mereka hanya ada 3 pilihan :

1. Mereka boleh ikut cara Tun Mahathir pada 3 September 1998 dengan memecat keahlian Anwar.  Seperti Anwar yang menjawat jawatan Timbalan Presiden, jawatan Presiden juga hanya akan hilang jika Zahid dipecat sebagai ahli.  Saya tidak fikir Ahli MT yang teringin sangat melihat Zahid berhenti, berani untuk mengambil pendekatan kuku besi Mahathir.
2. Mereka boleh mengumpulkan tandatangan 2/3 dari jumlah 191 Ketua UMNO Bahagian untuk mengadakan Mesyuarat Agong Khas bagi melucutkan jawatan Presiden.  Kemenangan Dato' Seri Zahid adalah apabila lebih dari separuh jumlah UMNO Bahagian mengundi beliau sebagai Presiden.  Ini bererti, mereka tidak akan berjaya untuk mengumpulkan 2/3 tandatangan Ketua UMNO Bahagian, apatah lagi untuk mempengaruhi 2/3 daripada perwakilan  UMNO Bahagian-Bahagian untuk memecat Dato' Seri Zahid.
3. Mereka boleh terus membenci Dato' Sri Zahid dan jayakan agenda Mahathir untuk menumbangkan Dato' Seri Zahid dari luar parti seperti Hamzah Zainuddin.  Itu sahaja pilihan yang mereka ada jika masih tidak boleh menerima keputusan pemilihan parti 2018.

Namun saya tidak dapat hendak bersetuju dengan kenyataan Dato' Seri Zahid bahawa beliau mahu menunggu sesuatu perkara besar berlaku.  Adakah beliau mahu menunggu UMNO jatuh ketangan Mahathir baru beliau mahu mengalas semula amanah yang ahli letak dibahu beliau?  Tiga insiden besar yang berlaku kebelakangan ini jelas menuntut beliau kembali bertugas :

1. Kejadian anih Dato' Yahya Jalil, kroni Mahathir yang kaya raya kerana dibayar pampasan RM250 juta akibat pembatalan Jambatan Bengkok, dikatakan melantik dirinya sendiri menjadi Chairman Putrade, iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan mengurus harta UMNO iaitu Bangunan UMNO dan Institut Latihan Memperkasa UMNO di Jandabaik.  Saya tidak fikir ahli UMNO yang siuman boleh terima aset UMNO diletak ditangan musuh untuk menguruskannya. Apatah lagi bila YB Rara ADUN DAP dibawa masuk dalam pusat latihan keramat itu oleh Yahya Jalil.
2. Penjualan 31.6% saham UMNO di dalam Utusan Malaysia dengan harga hanya RM6.65 juta ringgit.  Sedangkan nilai aset Utusan Malaysia melebihi 500 juta ringgit.  Apapun alasan yang boleh dibentangkan oleh mereka yang terlibat, saya yakin pihak yang diamanahkan menjaga Utusan ketika nilai sahamnya RM 0.30 seunit sehinggalah nilainya tinggal RM 0.10 seunit, tidak akan membeli saham Utusan sekiranya hutang Utusan melebihi nilai aset seperti dilaporkan.  Pasti ada sesuatu yang disembunyikan.
3. Sungguhpun Hamzah Zainuddin memberikan kata dua, samaada Dato Zahid bercuti atau lebih ramai akan keluar, hari ini didalam keadaan Tugas Presiden digalas oleh Timbalan Pesiden, beliau dan 5 yang lain tetap menyertai Bersatu. Dari awal saya sudah katakan, usah tunduk dengan ugutan Hamzah Zainuddin.  Bila dalam hati sudah terlintas hendak khianat parti, apa jua tuntutan mereka yang kita penuhi, mereka tetap akan khianat parti. Takkan kita hendak suruh Tok Mat Hassan cuti pula untuk elak dari lebih ramai keluar parti?

Bila Mahathir berani terima 6 orang ini memasuki Bersatu, ini bermakna beliau sudahpun bersedia untuk lawan Anwar Ibrahim dan mungkin dia sudah berjaya meyakinkan DAP.  Perkembangan terkini menunjukkan Mahathir sudah istihar perang, dan Mahathir hanya akan istihar perang bila beliau ada jumlah MP yang cukup bersamanya untuk membentuk kerajaan tanpa MP yang menyebelahi Anwar.  Dalam erti kata lain, bersedialah untuk menerima hakikat bahawa pasti ada lagi 20-24 orang MP UMNO akan seberang ke Bersatu.

Berdasarkan apa yang berlaku, saya menyeru kepada Dato' Seri Zahid Hamidi untuk kembali melaksanakan amanah yang ahli pertanggungjawabkan keatas diri beliau, iaitu sebagai Presiden UMNO.  Sekiranya beliau keberatan untuk mengalas tugas ini, ada baiknya diserahkan semula kepada ahli untuk memilih siapa yang mereka mahukan sebagai Presiden dengan mengadakan Pemilihan UMNO.  

Dato' Seri Zahid perlu memimpin serangan ke atas Pakatan Harapan dengan penuh ketegasan.  Jangan biarkan Dato Seri Najib berperang sendirian.  Berapa banyak pendakwaan sekalipun yang dilakukan terhadap diri beliau, ianya sepatutnya mengukuhkan lagi daya juang beliau, bukan melemahkan semangatnya.  Kami ahli-ahli UMNO akan tetap bersama pemimpin-pemimpin UMNO yang dianiaya Pakatan Harapan, walaupun diakhir perperangan ini MP Umno yang bersama kita hanya tinggal kurang dari 10 orang.

Dato' Lokman Noor bin Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
12hb Februari, 2019

TAHNIAH BARISAN NASIONAL - P078 CAMERON HIGHLAND

RASMI - Ramli 12,038, PH 8,800 Buku 314 dan Cangkul 276.  Jumlah Undian 21,428, Undi ditolak 568, kertas undi tidak dikembalikan 23. BN Menang Majority 3,238.  peratus Keluar Mengundi : 68.79.                                     Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan Terima kasih kepada pengundi Cameron Highland dan semua Jentera dan Kepimpinan UMNO, PAS, MIC, MCA dan semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan BN di PRK P078 Cameron Highland.  Kemenangan Besar BN diluar jangka ini jelas menunjukkan bahawa Rakyat Malaysia menolak Pakatan Harapan dan mahukan BN dan PAS mengambil alih pemerintahan negara seberapa segera.

Kemenangan ini berjaya meningkatkan moral ahli parti BN dan PAS dan sekaligus memberikan harapan sebenar kepada rakyat bahawa mereka akan diselamatkan oleh kerjasama baru BN-PAS ini dari kezaliman dan kehancuran yang dibawa Pakatan Harapan.

Terima kasih sekali lagi kepada semua. Moh kita ke Pusat Pengumpulan Kertas Undi untuk meraikan kemenangan YB Tuan Ramli Mohd Noor.

Dato' Lokman Adam
MT UMNO

P/S : Untuk Uncle Lim Kit Siang yang mengatakan kalau BN menang Dato Sri Najib akan jadi PM ke 8.  Saya rasa Uncle Lim sudah sedar Rakyat Tidak mahu PM yang tunduk bawah DAP!

SILA FOLLOW TELEGRAM SAYA DI LINK BERIKUT UNTUK KEPUTUSAN TERKINI PRK P078

LIVE :  BN MENANG BESAR DI DUN JELAI - LOKMAN ADAM

PEMANTAU KINI 25/01/2019

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dan Salam 1 Malaysia

PEMANTAU KINI 25/01/2019

ZAHID DOAKAN BN CAPAI KEJAYAAN, UCAP TERIMA KASIH KEPADA JENTERA PARTI

UMNO MERAFAK SEMBAH TAHNIAH KEPADA YANG DI-PERTUAN AGONG XVI

TOK MAT NAFI POSTER PROVOKASI DATANGNYA DARI BN

SETELAH DIDESAK KERAJAAN PH UMUM PROJEK RAKYAT DITERUSKAN, INILAH PERLUNYA SUARA PEMBANGKANG


RAMLI MOHD NOR: LAMBANG PENGIKTIRAFAN BN KEPADA KESETIAAN ORANG ASLI – NAJIB

TV AL HIJRAH JANGAN LUPA DARATAN, TANPA NAJIB WUJUDKAH STESEN ITU?

NAJIB NASIHAT GUAN ENG JADI MENTERI KEWANGAN BUKAN KEWAYANGAN

LOKMAN DEDAH SALAHLAKU DAN SALAHGUNA KUASA MENTERI KEWANGAN, KETUA HAKIM, PEGUAM NEGARA DAN KETUA PESURUHJAYA SPRM

LIVE DISKUSI PRK P078 BERSAMA MB PAHANG 

LOKMAN ADAM DEDAH MALIK MAIDIN DAPAT PROJEK LE TOUR D'LANGKAWI HARI INI, MENJAWAB TUDUHAN MAHATHIR BELIAU TINGGALKAN UMNO KERANA UMNO DAH BERUBAH, NAJIB JAGA KRONI DAN ANAK

PEMUDA UMNO BERJAYA TANGKAP GAMBAR PETUGAS PAKATAN MERASUAH PENGUNDI DENGAN HAMPER

PENDUDUK TELUK INTAN KONGSI PENGALAMAN MANOGARAN JADI AHLI PARLIMEN 'HILANG DARI RADAR'

RAMLI CALON TEPAT WALAUPUN CAMERON HIGHLANDS MILIK MIC 4 PENGGAL

UNDI CALON ISLAM SEMUA SELAMAT - ABDUL HADI

SAYA TAKKAN CAKAP TANPA ASAS, ANNUAR SELAR WAN AZIZAH

PRK CAMERON HIGHLANDS: KEMPEN NEGATIF PH DI SAAT AKHIR DIBIDAS

KETIDAKADILAN MENGANCAM KEADILAN, UNDI CALON BN UNTUK TOLAK 'DOUBLE STANDARD'

BERITA BAIK BUAT KAKITANGAN AWAM

INI ADALAH SUATU PELANGGARAN PERLEMBAGAAN YANG SERIUS

MALAYSIAKINI MANIPULASI KENYATAAN SIVARRAAJH- SARAVANAN

JIKA ANDA MASIH SAYANGKAN PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR, JOM SERTAI PERTUBUHAN PEMANTAU MALAYSIA.  BANTU KAMI MENGIKUT KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN ANDA

Untuk makluman lanjut :
Telefon No : 0123320000

Facebook : Lokman Noor Bin Adam

Instagram dan Twitter : lokmanadam

Hanya satu saluran arahan akan saya gunakan untuk mengelakkan sabotaj musuh.  Sila download Telegram dan tekan join di link dibawah untuk sertai saluran tersebut kerana semua maklumat dapat saya hantar kepada berpuluh ribu orang serentak berbanding whatapp yang kini hanya menghadkan 20 groups sekali penghantaran :

Perhatian :  Untuk makluman anda, kami tidak pernah gagal menghantar maklumat setiap hari, maka  jika mesej kami terhenti lebih 24 jam, sila copy link diatas, delete telegram dan install semula. Kemudian click join di channel kami semula.

AHLI UMNO PERLU BERTERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MELOMPAT PARTI KERANA MENINGALKAN 5 FAEDAH YANG SANGAT BESAR - LOKMAN ADAM

16hb Disember, 2018

Dakwaan Hamzah Zainuddin bahawa ada 36 orang MP UMNO telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad jika berlaku undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat adalah benar, malah angka sebenar adalah 37 orang ahli dan bekas MP UMNO. Namun apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanya kepada sebahagian Ahli Parlimen terbabit berhubung SD tersebut, mereka menjawab, mereka hanya akan menyokong untuk mengekalkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak mahu Anwar menjadi PM dan mereka tidak sesekali akan keluar parti. Itu apa yang dilafazkan kepada Presiden Parti".

Saya tidak pasti siapa 37 orang ini,  namun saya boleh agak ada sekitar 11 MP Umno yang tidak menandatangani SD tersebut antaranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Dato Sri Nazri Aziz dan Tengku Razaleigh Hamzah serta beberapa nama lain.

Malangnya, sepertimana yang saya jangkakan, peringkat demi peringkat, mereka menyusun MP yang telah menandatangani SD ini untuk keluar parti dan meletakkan kesalahan ke atas batang tubuh Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid  dan mendesak beliau berundur. Salah seorang pengkhianat utama yang mengusahakan gerakan menarik MP untuk dipersembah kepada Tun M alhamdulillah telah keluar parti semalam, Hamzah Zainuddin.  Cuma yang menyedihkan, sudahlah tidak mempunyai rasa aib meninggalkan parti, ada hati pula beliau ingin mengugut Presiden supaya berundur jika tidak mahu 10 lagi MP UMNO lompat parti.

Kepada pemimpin dayus ini saya ingin berpesan, jangan sesekali kegagalan diri kamu sendiri hendak dipindahkan untuk dipikul oleh Ahmad Zahid.  Yang gagal menjaga isterinya sehingga kononnya digoda Anwar ialah Hamzah, bukan Zahid. Yang menggunakan rakaman perbualan telefon isteri sendiri bersama seorang lelaki yang dikatakan Anwar untuk mendapat habuan dari Daim ialah Hamzah, bukan Zahid.  Dan hari ini, bila Anwar dah hampir-hampir hendak ambil alih sebagai Perdana Menteri, yang gelabah tidak tentu pasal kumpul MP UMNO sokong Mahathir dan atur orang desak Presiden berundur juga adalah Hamzah, bukan Zahid.  Jangan fikir kawan-kawan lama tidak mengikuti perkembangan beliau.

Sehubungan itu, ahli UMNO perlu memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden UMNO yang telah melafaskan ikrar beliau untuk mengukuhkan jedudukan UMNO dan ketegasan beliau bahawa UMNO tidak akan berkerjasama dengan DAP.  Dalam masa yang sama, ahli-ahli UMNO perlu bersedia menghadapi kemungkinan paling buruk, iaitu kesemua 37 individu terbabit, akhirnya akan keluar daripada parti dan MP UMNO mungkin tinggal kurang dari 10 orang. 

Bagi saya, pemergian pemimpin-pemimpin UMNO ini adalah hadiah istimewa bagi akar umbi UMNO.  Mereka yang pergi adalah mereka yang mempunyai masalah dan bimbang akan didakwa oleh regim Mahathir DAP.  Sebaliknya, mereka yang tidak gentar dengan ugutan kerana tahu mereka berada dipihak yang benar, mereka akan tetap menentang Regim Mahathir DAP walaupun berhadapan dengan risiko didakwa.

Perkembangan ini akan bawa 5 faedah besar untuk UMNO :

1. Apabila sebuah parti yang mempunya jumlah ahli teramai, iaitu 3.5 juta orang, tetapi hanya tinggal 10 MP, kita akan kehilangan  "bargaining power".    Tawaran yang kita akan terima daripada pihak yang ingin membentuk kerajaan campuran dengan kita pasti tidak berbaloi untuk kita terima.  Ini bermakna, tiada lagi pemimpin NO akan cuba bentuk kerajaan dari pintu belakang dan mereka semua akan fokus mula melakukan kerja-kerja menguatkan UMNO supaya kita boleh merampas kerajaan daripada Pakatan Harapan bersama PAS dan komponen BN lain.  
2. Umno akan jadi sebuah parti yang bersih dari pemimpin yang bermasalah, rakyat akan lebih yakin dengan UMNO. Segala tuduhan sebagai pemimpin rasuah dan korup akan berpindah kepada PPBM.  Lagi banyak modal untuk kita serang PPBM selepas ini.
3. Kemasukan Pemimpin UMNO Sabah kedalam Bersatu adalah mesej jelas bahawa Tun M akan mengkhianati janji-janji yang beliau lafazkan kepada Dato Sri Shafie terutamanya berhubung MA63, hasil cukai yang perlu dipulangkan kepada Sabah dan persetujuan Bersatu tidak akan masuk Sabah. Pengkhianatan ini pasti akan menyebabkan 8 MP Warisan mungkin akan menarik balik sokongan terhadap Mahathir dan beralih ke Anwar.  Bila rakyat Sabah dikhianat, hampir pasti rakyat Sarawak akan mengambil iktibar dan akan menyebabkan 19 MP Sarawak lebih selesa berkerjasama dengan orang lain asal bukan Tun M.
4. Jika sebelum ini banyak permintaan DAP terpaksa ditunaikan Tun M kerana 42 MP DAP menguasai Perdana Menteri yang hanya mempunyai 13 kerusi itu, adakah anda fikir DAP gembira bila jumlah kerusi PPBM semakin banyak?  Malah DAP sudahpun mengugut untuk keluar Pakatan Harapan dan tidak mustahil, parlimen akan digantung malah mungkin dibubarkan sepertimana diidamkan UMNO dan PAS.
5. Penyertaan tokoh-tokoh UMNO kedalam PPBM juga sudah pasti difahami oleh Anwar dan Rakan-rakan PKR lain.  Ini sudah pasti langkah untuk memadamkan impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.  Tindakan Mahathir ini mungkin akan mengubah sifat penakut Anwar kepada Lawan Tetap Lawan semula!  Senario ini juga akhirnya mungkin membawa kepada pembubaran parlimen.

Itu sebabnya, saya menyeru semua teman-teman UMNO untuk melihat Pengkhianatan Pemimpin UMNO yang lompat parti ini sebagai rahmat dari Allah untuk membantu UMNO kembali ke tampuk pemerintahan bersama PAS. Usah bersedih, yang penting, mulakanlah gerak kerja pilihanraya dari sekarang.

Dato' Lokman Noor Bin Adam
Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Pastikan setiap anak, isteri, jiran, sahabat dan saudara-mara kita mendapat maklumat sahih terus dengan klik join di https://telegram.me/lokmanadam